eKelas Sains dan Matematik Minggu 20

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Ogos 2019, Sabtu, seramai 19 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri eKelas, kelas tuisyen percuma untuk subjek Matematik dan Sains yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas tersebut bermula pada pukul 10:20 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pada minggu ini, bagi subjek matematik, antara topik yang dipelajarai adalah Garis dan Sudut, Laju dan Pecutan dan Bumi sebagai Sfera. Manakala untuk aktiviti, pelajar berpeluang untuk membuat model sudut selari, mengira pecutan dan menjawab soalan quiz. Seterusnya untuk subjek Sains, para pelajar berpeluang mempelajari topik tentang Struktur Bumi, Gelombang Bunyi dan Bahan Kimia dalam Perindustrian. Manakala untuk aktiviti berkumpulan, pelajar berpeluang untuk membina struktur bumi, mencipta model telefon dan membina atom menggunakan bahan-bahan yang diberi.

Untuk pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3, mereka menghadiri sesi penilaian untuk subjek Matematik dan Sains mengikut jadual eKelas seperti biasa. Penilaian ini dilakukan untuk melihat prestasi pelajar dan tahap pemahaman mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali